Salam Ukhuwah Fillah..Ikatan ukhuwah bukanlah sesuatu yang dapat dibeli dengan harta tetapi ia merupakan roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang yang beriman apabila Allah menghendakinya agar mereka dekat dan bersatu









Assalamualaikum




"JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN. JANGAN SIA-SIAKAN PERSAHABATAN KALIAN"






LINK PILIHAN

utusan malaysia
berita harian
harakah

SAHABAT

alfalah79
zulpahang
mahfuz























Name
Email
URI
Msg






SAHABAT

Persahabatan yang terjalin bak ikatan yang tersimpul mati bersama mengharungi segala kepahitan, kemanisan menangis dan ketawa bersama..

Sahabatku, Kulalui hari- hariku bersamamu, Dengan canda, tawa, dan dukaku, Kutelusuri waktuku seiring jarum jam berputar.Sahabatku, Tempat aku berbagi cerita, Dan seiring kebahagiaanku,

Persahabatan itu telah berubah, Menjadi sebuah permusuhan, Permusuhan yang tak dapat kumengerti. Mengapa persahabatan itu harus berubah? Aku tak tahu!

Seakan ku tak mengenal dirimu lagi, Kau begitu jauh dari kehidupanku, Kau seperti bayangan semu bagiku, Yang tak dapat kuraih kembali.

Ku tak ingin bermusuh denganmu, Kuingin menjadi sahabat terbaikmu, Selau bersamamu seperti dulu kala, Persahabatan yang indah dan penuh arti. Kembalilah engkau menjadi sahabatku, Seperti dulu, Sahabat yang kukenal dan yang kusayangi. Kembalilah sahabatku.







<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Jul 21, 2005
Hampir Tiba

Ia Hampir Tiba..!

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."
Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang."
- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan
muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian
(muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan
dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...banyak masjid cantik dibina tapi jarang2 org sembahyang

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk
dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik
& ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -
Riwayat Thabran

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2
besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah
kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri
Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir


Posted at 03:04 pm by zunnurain
Make a comment  

Jul 20, 2005
Sifat diri

"Antara mazmummah utama yang menghilangkan
bahagia dihati ialah :

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat
kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat
kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu
org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam
dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang
untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil
sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah
kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh
nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad
dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak
elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan
harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya
sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki
yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana
walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat
pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat meminum air
laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis
jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat !
yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai
atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.
(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu
banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan
seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal
semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah
tahap keegoan tersebut...

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang
untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan
orang.Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi
jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah
marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita
ada...

9. Cinta dunia
-tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah
tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada
harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia"
kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang
buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya
bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak
BAHAGIA.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,
kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat
mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka
dengan dunia ...buruklahh padahnya.

Posted at 02:59 pm by zunnurain
Make a comment  

Jun 27, 2005
HIDUP DALAM DUNIA YANG BERSYUKUR

*Bersyukurlah  kepada Allah kerana mengurniakan 
orang  yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang
menabahkan hati kamu.

*Bersyukurlah  kepada Allah kerana meadakan orang 
yang menipu kamu kerana dialah orang yang
meningkatkan pengetahuan kamu.

*Bersyukurlah  kepada Allah kerana mengadakan orang
  yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang
yang memupuk sifat berdikari kamu.

*Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang 
yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang
memperhebatkan ability kamu.

*Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan
mengurniakan orang yang menyeksa kamu kerana dialah
orang yang menguji kesabaran kamu.


10 PRINSIP HIDUP.

1-  Mulut manis sedikit
2-  Otak cergas sedikit
3-  Tindakan cepat sedikit
4-  Kerja efektif sedikit
5-  Alasan kurang sedikit
6-  Marah kurang sedikit
7-  Hati tenag sedikit
8-  Percakapan halus sedikit
9-  Kasih saying lebih sedikit
10- Muka riang sedikit


Posted at 02:43 pm by zunnurain
Make a comment  

12 Barisan di Akhirat

12 Barisan di Akhirat
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surahan-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam


Posted at 02:06 pm by zunnurain
Make a comment  

Jun 21, 2005
10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA


DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Posted at 01:47 pm by zunnurain
Make a comment  

Jun 15, 2005
SEDIKIT PERINGATAN

Hanya Ingin Mengingatkan ... 
  
 
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
 
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 
  
 
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
 
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya
  
  
  
 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 
 
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
 
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
 
 
 
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
 
 
Orang Yang Tidak Melakukan Solat: 
 
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
 Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 
 


Posted at 09:11 pm by zunnurain
Make a comment  

Jun 14, 2005
CARA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA

 

*Mentaati suruhan mereka selagi mana mereka tidak menyuruh dengan perkara yang ditegah oleh syara'.
*Mengorbankan jiwa untuk mempertahankan mereka.
*Mendahulukan arahan mereka mengatasi perbuatan sunat.
*Menjauhi perkara yang dilarang oleh mereka.
*Menghulurkan khidmat kebendaan.
*Menuruti kehendak dan kemahuan mereka.
*Memperbanyakkan khidmat dan bantuan.
*Memuliakan, menghormati, dan beradab terhadap mereka.
*Melakukan sesuatu yang menggembirakan mereka.
*Menjauhkan diri drpd melakukan perkara yang menyedihkan mereka.
*Mencium tangan dan berdiri menghormati mereka.
*Seorang suami perlu mengutamakan redha ibu dan ayah drpd isterinya.
*Berjalan di belakang mereka.
*Bersabar di atas perkara yang kita tidak sukai tetapi dilakukan oleh mereka.
*Berbuat baik kepada sahabat dan kaum kerabat mereka.
*Tidak meninggikan suara di hadapan mereka.
*Tidak melakukan perkara yang menyedihkan mereka.
*Tidak memanggil mereka dengan menyebut namanya.
*Tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengherdik dan mencela di hadapan mereka.
*Tidak merendahkan atau memperlecehkan martabat mereka.
*Tidak menajamkan pandangan ke arah mereka.
*Tidak bermusafir melainkan dengan izin mereka.
*Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi dari tempat mereka
.

 


Posted at 07:15 pm by zunnurain
Make a comment